WeLcOmE tO

WeLcOmE tO

Kutu CD

JOM JOIN KUTU CD
(ada freegift…….)
Mudah…..Tidak Membebankan….Menjimatkan…

Setelah menggunakan CD untuk ‘hero’ kami sendiri, ternyata produk ini tidak mengecewakan kami. Tambahan pula penjimatan kos menyediakan lampin pakai buang amat kami hargai. Oleh kerana itu, kami @ Adwa Shoppe ingin berkongsi pengalaman kami bersama anda melalui program ini. Kepada yang berminat, telus, ikhlas, jujur, amanah dan bertanggungjawab................................... JOM JOIN KUTU CD.

Apa itu “KUTU CD” ?KUTU CD adalah program yang diselenggarakan oleh Adwa Shoppe dalam menyediakan kemudahan untuk anda memiliki CD dengan pembayaran secara berperingkat yang berlandaskan konsep “KUTU”. Seperti yang kita ketahui, “KUTU” adalah satu program kemasyarakatan  yang memerlukan kejujuran dan tanggungjawab dari setiap perserta untuk membantu diantara satu sama lain.

Bagaimana program ini dilaksanakan ?Kami menyediakan 8 kumpulan (A, B, C, D, E, F, G dan H) yang boleh anda sertai. Setiap kumpulan hanya boleh disertai oleh 3 perserta sahaja. Bezanya disini, “KUTU” Adwa Shoppe berlandaskan konsep “First come first server basis”, dan anda boleh menyertai mana-mana kumpulan dan giliran yang belum disertai. Jom…jom…jangan tunggu lagi…pilih kumpulan anda sekarang...anda tentukan giiran anda sendiri…

Apa kandungan pakej KUTU CD ? Setiap pakej mengandungi 6 set CD berserta 12 inserts. Anda boleh memilih combinasi corak and warna dari set jenama CD yang disediakan bergantung kepada stok yang ada.


Berapa perlu saya bayar dan berapa lama ?Satu pusingan KUTU selama 3 bulan sahaja dengan bayaran serendah RM55.00 sebulan (harga termasuk kos penghantaran) untuk setiap penyertaan. Pembayaran hanya bermula selepas satu-satu kumpulan itu telah penuh disertai. Anda akan dimaklumkan sebelum pusingan KUTU bermula. Pembayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 7 haribulan setiap bulan. Pembayaran hendaklah di ‘bank-in’ kan ke dalam akaun Maybank 154026349820 Noorfarahidah Bt. Abd Rahim. Sila masukkan rujukan kumpulan dan no. giliran anda dalam setiap pembayaran (Contoh, sekiranya anda dalam kumpulan A dan no.giliran anda adalah 2, rujukan anda adalah: KUTUCD A2). Selepas pembayaran dibuat, sila maklumkan kepada kami melalui e-mail/SMS untuk semakan.

Bila boleh dapat set CD saya ?Mengikut nombor giliran anda setelah pusingan KUTU bermula. Penghantaran akan dibuat melalui pos dan akan diedarkan pada setiap hari Selasa / Khamis pertama selepas 7 haribulan setiap bulan. Jadi…anda akan terima set CD anda selewat-sewatnya 3 hari dari tarikh tersebut. Maklumat penghantaran akan dimaklumkan melalui e-mail / SMS.

Siapa yang boleh menyertai ? – Tawaran untuk rakyat Malaysia sahaja…(sori ye ibu-ibu, bapak-bapak… ongkos delivery nya engak bisa diabsorb untuk keseberang…). Tiada syarat kelayakan. Anda hanya perlu telus, jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam melengkapkan dan memastikan program yang anda sertai ini berjaya, berkonsepkan “ Kita tolong orang, orang akan tolong kita”..

Macam mana nak join ? – Senang sahaja, anda hanya perlu mendaftar sebagai peserta dengan melengkapkan borang dibawah…..Penyertaan anda akan disahkan melalui e-mail/sms setelah pengesahan dibuat. Nama anda akan disenaraikan didalam slot yang telah disahkan. Maklumat peribadi anda adalah RAHSIA.

Tak da OFFER ke ? – Adaaaaa…. Bagi setiap 2 penyertaan yang anda sertai  (join 2 kepala – untuk 12 set CD & 24 inserts), anda akan diberikan hadiah istimewa berupa satu Diapers Stacker (tempat simpan CD) bernilai RM25.00 secara PERCUMA. (akan dibekalkan bersama-sama penghantaran pakej CD yang kedua).

Apa jadi kalau ada yang tak bayar ? – Haaa…yang ni susah sikit, ternyata sipolan tu telah gagal menjadi insan yang telus, jujur, amanah & of course TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. Setiap maklumat pembayaran oleh semua peserta akan di war-warkan untuk makluman. So kita harap tak da yang ambil kesempatan. Lagi pun kita kan ada saluran undang-undang yang boleh kita gunakan untuk sipolan yang macam tu…..,Walaubagaimanapun….yang telus, jujur, amanah dan bertanggungjawab macam kita ni….tetap akan dibekalkan dengan pakej yang dijanjikan mengikut giliran yang telah ditetapkan. We @ Adwa Shoppe honour your commitment.

Boleh ke saya tarik diri selepas menyertai ? – Apasal tak boleh pulak..? boleh aje. Cuma penarikan diri dari program hanya boleh diterima sebelum penghantaran set CD anda dibuat. Sekiranya penghantaran set CD telah dibuat, maaf ye…anda tidak boleh menarik diri. Tak adil la untuk peserta lain….itu dah kira tak telus, tak jujur dan tak amanah. Kalau nak tarik diri sebelum penghantaran, anda hanya perlu memaklumkan kepada kami melalui telefon dan disusuli secara bertulis surat/e-mail. Kos perkhidmatan sebanyak RM35.00 akan dikenakan. Maka bakinya akan dipulangkan kepada anda.

Apakah jaminan bahawa Adwa Shoppe akan memenuhi syarat bekalan ? – Well…. telus, jujur, amanah, ikhlas dan bertanggungjawab adalah apa yang kami @ Adwa Shoppe janjikan. Sertai kami, dan itulah yang akan kami berikan. Lagi pun…bukan kami tak tau yang di Malaysia ni ada saluran perundangan yang anda boleh gunakan…..samalah macam sipolan tadi tu. Ibu-ibu & bapa-bapa, kami ingin berkongsi apa yang baik untuk kita dan program ini memberi kelonggaran kepada yang baru mengenali CD atau yang mahu menambah ‘koleksi’ CD sedia ada….insya-allah.


Kami @ Adwa Shoppe berharap agar Program Kutu ini dapat membantu ibu bapa di luar sana yang ingin berjimat, dalam masa yang sama ingin memiliki sejumlah CD tanpa bebanan. Kami amat berbesar hati sekiranya pihak kami dapat meringankan bebanan anda sekeluarga.


So...jika anda benar-benar berminat untuk menyertai program ini....sila lengkapkan borang penyertaan dibawah. Sila rujuk senarai terkini (dalam post "JOM JOIN KUTU CD") untuk slot-slot yang masih free untuk anda join.

SAYA DENGAN INI BERSETUJU UNTUK MENYERTAI PROGRAM JOM JOIN KUTU CD ANJURAN ADWA SHOPPE DAN MENERIMA SYARAT-SYARAT PENYERTAAN YANG TELAH DITETAPKAN:-




Nama :
No. K/P :
Alamat (Untuk Penghantaran) :
Alamat Tempat Kerja (jika ada)
No. H/P :
No. Telefon (Rumah) :
No. Telefon Pejabat
Email Address:
Nama Pasangan :
No. K/P Pasangan :
Alamat Tempat Kerja :
No. H/P :
No. Telefon (Tempat Kerja) :
Alamat e-mail :
Kumpulan Yang Dipilih (sekurang-kurangnya 1 kumpulan) A
B
C
D
E
F
G
H
Nyatakan no. giliran yang dikehendaki mengikut kumpulan yang dinyatakan diatas. (Contoh. Kumpulan A no. giliran kedua = A 2, atau, Kumpulan C no giliran pertama dan ketiga = C 1,3)
Sahkan jumlah penyertaan yang disertai.
Sahkan bayaran bulanan yang setuju dibayar (RM55 untuk 1 penyertaan. Maximum 4 penyertaan seorang)
Jelaskan pilihan CD yang diinginkan (Contoh. Coolababy No.1 Oren 2 pcs, No.10 Pink 2 pcs, Babyland Sponge Bob 2 pcs)
Saya dengan ini bersetuju menyertai program JOM JOIN KUTU CD yang dianjurkan oleh Adwa Shoppe mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Ya
Tidak


Click here to create your own form.