WeLcOmE tO

WeLcOmE tO

Thursday, January 21, 2010

fAeDaH & kEsAn bErSaUnA

Sila perhatikan manfaat bermandi wap ( bersauna) dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain :

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 - 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

MENGAPA BERSAUNA

1- Membakar Lemak dari luar dan menurunkan berat badan secara teratur.
2- Menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin.
3- Menyingkirkan toksik badan melalui peluh
4- Mengurangkan risiko darah tinggi, kencing manis & dll.
5- Menyegarkan tubuh badan anda selepas penat bekerja.
6- Mengurangkan sinus/resdung dan jerawat.
7- Membersihkan kulit dan kelihatan segar, halus dan licin.

KELEBIHAN BERSAUNA :

1. Untuk Kecantikan- Mencantikkan kulit, menanggalkan daki-daki pada celah-celah badan seperti ketiak, paha, tengkuk, jeragat di muka & melancarkan peredaran darah.
2. Untuk Pelangsingan Badan- Membakar lemak (sehingga 600 kalori), sama seperti berjogging sejauh 5 km! Paling berkesan untuk kuruskan badan.
3. Untuk Kesihatan- Mengurangkan demam, selsema, lendir, kahak, alahan hidung, migrain, mengeluarkan toksik, mengurangkan sengal-sengal, sakit sendi, meningkat metabolisma, meningkat pengaliran darah, memcahkan lemak lemak, kolestrol baru dan lama, mengurangkan berlaku penyakit jantung, strok dan darah tinggi, anti penuaan dan masalah tidur.
4. Kepada Wanita Lepas Bersalin- Mengecutkan perut, rahim, paha, menyembuhkan luka-luka dalaman, menjadikan ibu lebih bertenaga & cergas.

Amalan Kesihatan :

Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20 minit setiap kali. Tiga(3) penggunaan seminggu sememangnya sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian. Minum air secukupnya sebelum dan selepas penggunaan herbal sauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan. Penggunaan ketika kekenyangan adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.
Untuk Mengurangkan Berat Badan/For Weight Reduction:
Lakukan mandian 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10 ke 20 minit lagi . Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya.

Kesan mandi wap herba

Wap herba memberi kesan kepada tubuh dengan cara:Kesan panas dari wap memberi kesan positif kepada system “kadiovaskular”. Semasa mandi wap, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Ini akan meningkatkan perjalanan darah (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air menyebankan slauran darah yang halus di bawah kulit mengembang untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan. Prosess ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap

Wap memanaskan seluruh anggota, menjadikan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menjadikan darah lebih mudah mengalir. Kesan panas juga melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.Wap membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan.
Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).

Khasiat – khasiat lain adalah

1) Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan system imunisasi badan .
2) Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak.
3) Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.
4) Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.

AMARAN !!!!!!!!

1. ORANG MENGANDUNG TIDAK BOLEH BERSAUNA
2. ORANG LELAKI SILA PAKAI TUALA SEMASA BERSAUNA
3. MINIMUM MASA BERSAUNA 10 MINIT, BERSAUNA MENGIKUT KEMAMPUAN BADAN
4. REHAT 10 MINIT SELEPAS ORANG PERTAMA BERSAUNA....SUPAYA PERIUK TIDAK TERLALU PANAS.
5. TAMBAHKAN AIR MENGIKUT SUKATAN BILA ORANG SETERUSNYA NAK BERSAUNA.
6. SAUNA SEKALI SEHARI SAHAJA, SEMINGGU 3 KALI.
7. MINUM SEGELAS AIR SELEPAS BERSAUNA.REHAT 10 MINIT SEBELUM MANDI
8. PERIUK INI SESUAI UNTUK MINYAK AROMATERAPI.TIDAK SEMUA HERBA SESUAI KERADA ADA YANG BOLEH MENYEBABKAN AIR MELIMPAH ATAU MERUAP.

No comments:

Post a Comment